A wArMiNg WeLcoMe FrOm SuPeRmOm...






SaLaM... HeLlO... oLa...

As a housewife, looks like I have very much time.. but the truth I'm too busy manage my family, my spouse, my kids and my house.. I really dont have time for myself ! It make me tired and sometime stress too..

Writing blog is 1 of my way to releif my stress.. Hopefully All Bloggers will support my blogs, be my follower.. and enjoy..

See you...

Peace - Super Mom







Thursday, September 23, 2010

Beautiful Friday..

Still in Syawal... so lovely morning..
Today, my kids behave so good, easy for me to manage my house, and it done properly...

While I'm cooking, my 2 month old baby (M Zharfan Lutfi) was fall asleep so deep.. The eldest one, M Arif Danial (5 years old) was playing car in his toys room while her sister (3 years old Auji Batrisyia) sing a song for her little frog that she assumed as her baby.. So cute..she also put her dress to little frogs, breastfed like she is a mother.. :-)

My little princess wear socks just like woman berpantang... hi hi

Got to go now.. baby is calling, my cook (kurma daging) for lunch going to be ready...

So peacefully.. for one time they're not arguing each other..

What does your Birth Month says about you ???

AbouT mE

~~ Wise and humble
Inspiring character
Cool in difficult situations
 Altruistic and sympathetic
Love travelling
Knowledgeable beyond my years
Industrious
 Understanding nature
Friendly with all
 Like helping others
 Fun to be with
 Loyal lovers
 Good looker and great dresser
 Confident ~~

Apa kena ni kan? Tiba-tiba ja... Tak, sebenarnya itu bacaan dari tarikh lahir yang saya dapati via facebook application "What does your Birth Month says about you"..

Boleh dikatakan kebanyakannya betul ttg diri saya, tp yg great dresser tu rasanya kureng la...
Cool ke aku ni?? hihi.. kadang2 gelabah biawak juge..

Bab good looker tu anda semua tentukan, just take a look @ my photo..




Macam mana??? Rasa-rasa cam betul la.. wakakaka.. masuk lif tekan sendiri la...


Kalau anda pun berminat, boleh cuba aplikasi ini di http://apps.facebook.com/bthmonth/


Sunday, September 19, 2010

Masih terasa

Ahoy...
          walaupan dah lebih seminggu syawal menjelma, kemeriahan aidilfitri masih terasa. Sanak saudara dan rakan taulan masih kunjung mengunjung...



            Hari ini.. my x-schoolmate (Azi Zainol) n my cousin Atie Yusoff (on my hubby side) give us a raya visit.. Normally dlm mood beraya ni, guest will served with raya juadah like nasi himpit, lemang and ketupat with rendang, ayam masak merah... +++  
         
'cos we already muak .. so we served our guest with nasi lemak sambal ikan masin + sotong goreng. My hubby loves cooking n he good at that.. so I'm very lucky .. but.. a little bit disappointed cos I'm forgot to take a picture of a delicious cooking of my hubby to share with all of u.. I'm too excited having chit chat with my old friend.. so I include a picture of nasi lemak here.. may be terliur ... so tomorrow u can make it for breakfast.. aha..


sekadar hiasan

     

















         It's already 9 at night.. got to go.. See you next time..

Friday, September 17, 2010

Nilai Seorang Anak

Kita berkisah tentang syukur. Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumahtangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Riuh rendah dengan bunyi hilai tawa anak-anak jiran sekeliling, kadang-kadang juga tangisan yang nyaring membuatkan perasaan bergolak hebat.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr & Mrs Perfect ini?

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada  white board  pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berkenaan. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini. Ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang mereka.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anaknya mempunyai sikap yang sangat berbeza dari ibunya. Rumah yang selama ini kemas teratur seringkali bertukar wajah, laksana dilanda perang, dek penangan anaknya. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih terseksa dek apa yang berlaku bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semuanya mesti sempurna! Tatkala itu si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf.. Abang tak akan ulang lagi". Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah. Akibatnya rumah menjadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya melihat ruang tamu yang bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana. "Abang...  mari sini!" jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu berlari laju menuju keluar rumah. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku.. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnhya. Basah di muka tadi rupanya darah anaknya.

Si ibu meluru ke arah anaknya. Dirangkulnya sekujur tubuh kerdil yang merintih kesakitan. darah merah ada di mana-mana, dada anak kecil itu berombak-ombak serta tubuhnya kekejangan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat. Tanpa berlengah dia terus membawa anaknya ke hospital.

"Ya Allah.. tolonglah selamatkan anakku ini",doanya dalam raungan yang kuat. Sambil memandu laju, hon dibunyikan bertalu-talu meminta laluan kepada pemandu lain. "Ya Allah.. aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku mohon sekali ini.. selamatkanlah anakku". Anaknya seperti ingin menuturkan sesuatu, ... "Mamamaafkan abang.." ungkapnya tersekat-sekat menahan kesakitan. "Abang janji tak akan buat lagi".. Si ibu memegang mulut anak. hatinya menagis pilu..

Sebaik sampai di hospital, anaknya dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu itu menunggu di luar lantas menyampaikan berita malang tersebut kepada suaminya. Tanpa mempedulikan orang sekeliling, si ibu meraung sekuat hati dengan seribu penyesalan. Doa untuk anak tercinta tak putus-putus di bibirnya.

Setelah lama menunggu, muncul doktor yang merawat anaknya.. namun semuanya sudah terlambat. Doktor tersebut memaklumkan yang anaknya telah meninggal dunia. Pada saatitu dunia menjadi gelap gelita. Penyesalan yang bersarang di dada.. tidak berguna lagi. Anaknya telah terbujur kaku. Ibu merangkul tubuh itu, diciumnya dengan penuh kasih sayang.

     Selesai pengkebumian anaknya, si ibu keluar meyelongkar tong sampah di luar rumahnya. Dicarinya kertas-kertas yang dicarik anaknya.  Malam itu, si ibu menabur penuh ruang tamunya dengan kertas-kertas yang dikoyak arwah anaknya. "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini", rintih ibu dengan nada yang lemah. "Ibu rindu kepada kamu.. Ibu rindu kepada kenakalanmu.. Ibu rindu kepada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?". Tangisan demi tangisan hanya sia-sia, yang pasti anak comel tersebut tidak akan kembali lagi.

Sumber: U-turn ke Jalan Lurus, Zul Ramli  M.Razali, 2009

Thursday, September 16, 2010

Pancake oh Pancake

Last night, kami sekeluarga menjamah pancake.. made by beloved hubby :-) . Thanks babe..

My kids love pancake so much especially the eldest "Arif" (5 years old),.. just imagine he can finished 4 pcs by himself. Sambil makan, tersenyum bila teringat Arif cakap "Mama, Arif tak suka pancake Melayu, Arif suka pancake English"...

Strawberry Pancake
                                                                                                       
Mesti pelik kan, ada pulak version pancake Melayu dan English?? Sebenarnya Arif tak suka lempeng, so pancake Melayu yg dia cakap tu lempeng la.. Kalau nak Arif mkn so kena la buat English pancake serve with it syrup, ice cream and mix fruits.. hmmmmm

Apa-apapun tak da la beza sgt kan.. cuma a little bit different in recipe and the way it served.. For me the English style is more attractive and of course it taste delicious when you eat with pancake syrup, ice cream and mix fruits. Anyway.. its delicious dinner wlpn biasanya people eat pancake for breakfast.. Ah tak kisah lah..

Wednesday, September 15, 2010

Salam Eid Mubarak 1431H

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi mengikuti blog saya. Memandangkan saya masih baru di dalam arena blogging ini, diharap anda semua sudi memberi komen, tunjuk ajar dan pendapat supaya saya dapat menulis dan menghasilkan satu blog yang menarik..

Untuk itu saya dedikasikan lagu Menjelang Hari Raya nyanyian DJ Dave untuk semua..

Selamat Berhari Raya

Ikhlas dari, Super Mom