A wArMiNg WeLcoMe FrOm SuPeRmOm...






SaLaM... HeLlO... oLa...

As a housewife, looks like I have very much time.. but the truth I'm too busy manage my family, my spouse, my kids and my house.. I really dont have time for myself ! It make me tired and sometime stress too..

Writing blog is 1 of my way to releif my stress.. Hopefully All Bloggers will support my blogs, be my follower.. and enjoy..

See you...

Peace - Super Mom







Friday, September 17, 2010

Nilai Seorang Anak

Kita berkisah tentang syukur. Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumahtangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Riuh rendah dengan bunyi hilai tawa anak-anak jiran sekeliling, kadang-kadang juga tangisan yang nyaring membuatkan perasaan bergolak hebat.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr & Mrs Perfect ini?

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada  white board  pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berkenaan. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini. Ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang mereka.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anaknya mempunyai sikap yang sangat berbeza dari ibunya. Rumah yang selama ini kemas teratur seringkali bertukar wajah, laksana dilanda perang, dek penangan anaknya. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih terseksa dek apa yang berlaku bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semuanya mesti sempurna! Tatkala itu si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf.. Abang tak akan ulang lagi". Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah. Akibatnya rumah menjadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya melihat ruang tamu yang bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana. "Abang...  mari sini!" jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu berlari laju menuju keluar rumah. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku.. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnhya. Basah di muka tadi rupanya darah anaknya.

Si ibu meluru ke arah anaknya. Dirangkulnya sekujur tubuh kerdil yang merintih kesakitan. darah merah ada di mana-mana, dada anak kecil itu berombak-ombak serta tubuhnya kekejangan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat. Tanpa berlengah dia terus membawa anaknya ke hospital.

"Ya Allah.. tolonglah selamatkan anakku ini",doanya dalam raungan yang kuat. Sambil memandu laju, hon dibunyikan bertalu-talu meminta laluan kepada pemandu lain. "Ya Allah.. aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku mohon sekali ini.. selamatkanlah anakku". Anaknya seperti ingin menuturkan sesuatu, ... "Mamamaafkan abang.." ungkapnya tersekat-sekat menahan kesakitan. "Abang janji tak akan buat lagi".. Si ibu memegang mulut anak. hatinya menagis pilu..

Sebaik sampai di hospital, anaknya dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu itu menunggu di luar lantas menyampaikan berita malang tersebut kepada suaminya. Tanpa mempedulikan orang sekeliling, si ibu meraung sekuat hati dengan seribu penyesalan. Doa untuk anak tercinta tak putus-putus di bibirnya.

Setelah lama menunggu, muncul doktor yang merawat anaknya.. namun semuanya sudah terlambat. Doktor tersebut memaklumkan yang anaknya telah meninggal dunia. Pada saatitu dunia menjadi gelap gelita. Penyesalan yang bersarang di dada.. tidak berguna lagi. Anaknya telah terbujur kaku. Ibu merangkul tubuh itu, diciumnya dengan penuh kasih sayang.

     Selesai pengkebumian anaknya, si ibu keluar meyelongkar tong sampah di luar rumahnya. Dicarinya kertas-kertas yang dicarik anaknya.  Malam itu, si ibu menabur penuh ruang tamunya dengan kertas-kertas yang dikoyak arwah anaknya. "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini", rintih ibu dengan nada yang lemah. "Ibu rindu kepada kamu.. Ibu rindu kepada kenakalanmu.. Ibu rindu kepada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?". Tangisan demi tangisan hanya sia-sia, yang pasti anak comel tersebut tidak akan kembali lagi.

Sumber: U-turn ke Jalan Lurus, Zul Ramli  M.Razali, 2009

1 comment:

  1. Orang ni bila tiada dia nak.. bila ada tak hargai..
    Banyak lagi org di luar sana yang tak berpeluang merasai kasihg sayang seorang anak.. Alangkah bahagianya seorang wanita yang dianugerahkan nikmat melahirkan.. kesakitan dan keperitan semasa hamil dan melahirkan hilang begitu saja selepas menatap wajah comel, kecil, bersih dan naif...
    Syukurlah atas nikmatNya.. jangan sia-siakan mereka

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda